Sunday 14 July 2013

MIPHC Ke 4 (27 Jul 2013) - Promosi

Assalamualaikum,

 Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT dengan izinNya, Hidayah Centre Pulau Pinang sekali lagi akan menganjurkan Majlis Iftar Perdana Pulau Pinang (MIPHC) berjudul “JOURNEY to JANNAH” pada bulan Ramadhan ini. Inilah tahun ke-4 MIPHC akan diadakan di Pulau Pinang. Tahun ini, majlis ini sekali lagi akan diadakan di Komplek Tabung Haji Bayan Lepas pada 27hb Julai 2013, bersamaan 18 Ramadhan 1434 Hijrah. Tujuan utama majlis ini adalah untuk menjana dana untuk membolehkan operasi Hidayah Center dapat dijalankan di Pulau Pinang dengan lancar serta meraikan saudara baru yang telah kembali kepada Islam.



Thursday 23 May 2013

Lawatan Hospital (26 Mei 2013)

program 2 minggu sekali, sebulan dua kali, insyaALLAH, minggu ni ia kembali lagi!

mohon share..nk tambah pahala boleh juga ajak kawan2 join skali...:). share!




Tuesday 26 February 2013

CNY (2 Mac 2013) - Promosi


JOM Beramai- ramai...Macam2 aktiviti menarik menanti anda!

KE ARAH MASYARAKAT HARMONI SEMPENA SAMBUTAN TAHUN BARU CINA (CNY) 2013

Tempat : Tapak Pasar Malam, Jalan Aziz Ibrahim.
Penganjur : MPPP dengan kerjasama HCPP, IKRAMPP, MACMA.
Masa : 8.00 am - 2.00 pm

Antara aktiviti yang disediakan ialah Pertandingan Mewarna, Susun Limau, Teka Kacang, Rekacipta Dari Bahan Kitar Semula, cabutan bertuah, dan banyak lagi.

Tuesday 22 January 2013

Kisah Pencari Kebenaran

Assalamualaikum,

Dikongsikan kisah seorang revert melalui FB beliau, Muhammad Ooi. Semoga bermanfaat.


Saya mengenali Islam menerusi konsep tauhid / ketuhanan yang Esa sejak sekolah menengah. Sebelum itu, ketika sekolah rendah saya belajar mengenai Kristian dan Buddha.

Titik bermula timbul rasa ingin mengenali Kristian ialah setelah membaca sebuah komik tebal yang mengisahkan Jesus, yang saya pinjam daripada kawan bernama Chin Wan King ( kalau tak silap la ya..anak seorang businessman di Pekan Baling ) . Komik jenis 'serius'. Ketika itu, darjah 5 kalau tak silap saya. Terus saya mencari di mana boleh belajar Kristian.

Akhirnya, seorang cikgu perempuan approach saya dan tawarkan program bercuti sambil belajar pasal Kristian. Apa yang saya kenali pasal Kristian adalah yang baik-baik belaka, ajak manusia berkasih sayang, berbuat baik, berdoa. Kami belajar, menyanyi, buat persembahan lakonan di gereja. Memang seronok ketika itu. Selepas selang masa tertentu, saya menyatakan hasrat nak masuk Kristian. Saya ingatkan mak ayah akan setuju, sebab di rumah saya ketika itu ada Bible versi Bahasa Cina. Tetapi mak menzahirkan rasa tidak setuju, saya terpaksa akur.

Monday 7 January 2013

Street Dakwah (13 Jan 2013) - Promosi

Assalamu'alaikum, Berita baik kepada semua, HCPP insyaAllah akan mengadakan Street Da'wah Ahad, 13 Jan ini di Sebelah Pulau dan Seberang Perai. 

Pulau:         Kawasan komtar, Perangin Mall, Chowrasta dll.
Seberang:  Megamall.
Kawasan Pulau akan dikendalikan oleh saya (Yusni) - 0195266677
Kawasan Seberang - Khaw Lek Ming - 013-4323549
Sila hubungi akhi Khaw untuk pendaftaran peserta.




Wednesday 2 January 2013

Soal Selidik Untuk Reverts


Assalamualaikum,

Post ringkas, mohon para Revert, yakni yang kembali kepada Islam mengisi borang soal selidik ini..sila klik link ini.

Jzkk@ terima kasih@ xie xie@ nandri @ syukran..  atas kerjasama, semoga diberkati.. sebarkan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...