Tuesday 22 January 2013

Kisah Pencari Kebenaran

Assalamualaikum,

Dikongsikan kisah seorang revert melalui FB beliau, Muhammad Ooi. Semoga bermanfaat.


Saya mengenali Islam menerusi konsep tauhid / ketuhanan yang Esa sejak sekolah menengah. Sebelum itu, ketika sekolah rendah saya belajar mengenai Kristian dan Buddha.

Titik bermula timbul rasa ingin mengenali Kristian ialah setelah membaca sebuah komik tebal yang mengisahkan Jesus, yang saya pinjam daripada kawan bernama Chin Wan King ( kalau tak silap la ya..anak seorang businessman di Pekan Baling ) . Komik jenis 'serius'. Ketika itu, darjah 5 kalau tak silap saya. Terus saya mencari di mana boleh belajar Kristian.

Akhirnya, seorang cikgu perempuan approach saya dan tawarkan program bercuti sambil belajar pasal Kristian. Apa yang saya kenali pasal Kristian adalah yang baik-baik belaka, ajak manusia berkasih sayang, berbuat baik, berdoa. Kami belajar, menyanyi, buat persembahan lakonan di gereja. Memang seronok ketika itu. Selepas selang masa tertentu, saya menyatakan hasrat nak masuk Kristian. Saya ingatkan mak ayah akan setuju, sebab di rumah saya ketika itu ada Bible versi Bahasa Cina. Tetapi mak menzahirkan rasa tidak setuju, saya terpaksa akur.

Monday 7 January 2013

Street Dakwah (13 Jan 2013) - Promosi

Assalamu'alaikum, Berita baik kepada semua, HCPP insyaAllah akan mengadakan Street Da'wah Ahad, 13 Jan ini di Sebelah Pulau dan Seberang Perai. 

Pulau:         Kawasan komtar, Perangin Mall, Chowrasta dll.
Seberang:  Megamall.
Kawasan Pulau akan dikendalikan oleh saya (Yusni) - 0195266677
Kawasan Seberang - Khaw Lek Ming - 013-4323549
Sila hubungi akhi Khaw untuk pendaftaran peserta.




Wednesday 2 January 2013

Soal Selidik Untuk Reverts


Assalamualaikum,

Post ringkas, mohon para Revert, yakni yang kembali kepada Islam mengisi borang soal selidik ini..sila klik link ini.

Jzkk@ terima kasih@ xie xie@ nandri @ syukran..  atas kerjasama, semoga diberkati.. sebarkan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...