Sunday 21 August 2016

Doa-Doa Harian / 日常生活里的祷告

Assalamualaikum.

Berikut dikongsikan 9 buah doa-doa harian beserta terjemahan dalam Mandarin untuk bacaan semua . Tak kira anda Muslim atau Non-Muslim, anda boleh mengamalkan doa ini. Namun begitu untuk pengetahuan pembaca, hanya beberapa doa yang disenaraikan ini adalah daripada Hadis / Quran. Doa yang tidak bersumber daripada Hadis/Quran yang sahih masih boleh diamalkan. Senarai doa ini hanyalah sebagai permulaan asas untuk anda belajar. Selepas ini, jom 'upgrade' lagi doa kita.

Apa yang anda faham tentang D.O.A.? Jom fahami dengan lebih jelas.
  • Doa bermaksud permohonan dan merupakan salah 1 ibadah kepada Allah (Riwayat Abu Daud dan al- Tirmizi, sahih).
  • Doa boleh dibaca dalam pelbagai bahasa asalkan anda memahami apa yang disebutkan. Seorang yang berdoa mestilah bersungguh-sungguh dalam doanya. Maka tidaklah dinamakan berdoa jika tidak faham apa yang kita doa.  
Berdoalah kamu kepada Allah Taala dalam keadaan kamu yakin akan dimustajabkan. Ketahuilah sesungguhnya Allah tidak menerima doa dari hati yang lalai dan alpa. (Riwayat al-Tirmizi, disahihkan oleh al-Albani).

Thursday 18 August 2016

Seminar DDMM Fasa 1 (24 - 25 Sep 2016) - Promosi

Adakah anda tinggal di kawasan masyarakat berbilang bangsa? Sudah pasti YA sebab kita tinggal di Pulau Pinang. Jadi, jom ketahui dengan lebih jelas tentang mereka supaya kita dapat hidup dengan lebih harmoni.

Adakah anda tahu bagaimana hendak menjawab soalan jika ditanya bertubi-tubi tentang Islam? Adakah anda betul2 yakin untuk 'mempersembahkan' Islam kepada masyarakat? Jika anda masih ragu-ragu, maka Seminar ini adalah yang patut anda hadir!

Daftar nama anda sekarang. Tempat adalah terhad.


Seminar Dakwah Dalam Masyarakat Majmuk (DDMM) Fasa 1 

Tarikh : 24 - 25 September 2016 (Sabtu & Ahad)
Masa : 8.00 pagi - 5.30 petang
Tempat : USM Pulau Pinang
PENCERAMAH: Khaw Lek Ming, Kamarul Zaman, Wan Am, & Jaysuman.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...