Thursday 15 September 2016

Kenali 4 Orang Penceramah DDMM Fasa 1 (2016)

Assalamualaikum,


Untuk makluman semua, Seminar Dakwah Dalam Masyarakat Majmuk (Fasa 1) akan diadakan seperti berikut :


Untuk mengenali dengan lebih lanjut siapakah Akhi Wan Am, Bro Khaw, Bro Jaysuman, dan Cikgu Kamarulzaman ini, teruskan membaca dibawah.

Monday 5 September 2016

Pesta Tanglung (15 Sep 2016)

Assalamualaikum,

TANGLUNG merupakan sejenis bekas yang digunakan untuk melindungi lilin daripada tiupan angin, sama ada ketika berjalan pada waktu malam ataupun digantung di halaman rumah. Ia berfungsi sebagai lampu sebelum adanya kuasa elektrik. Tanglung digunakan sejak 250 tahun sebelum Masihi lagi. Maka, ia mempunyai sejarah lebih dari 2,000 tahun.

Pesta tanglung, atau dikenali sebagai Mid-Autumn Festival (Pesta Pertengahan Musim Luruh), disambut pada hari ke-15 dalam bulan ke-8 kalendar Lunar ketika bulan sedang mengambang

Pestang Tanglung HCPP disambut pada 2014

Pesta ini disambut dengan menyalakan pelbagai jenis tanglung yang berwarna-warni, mengambil gambar beramai-ramai, beramah-mesra dengan masyarakat, serta dapat menikmati kuih bulan. Perayaan ini tidak lengkap tanpa kuih bulan iaitu sejenis pastri tradisional yang berintikan pes kacang merah, biji teratai dan kuning telur masin. Di zaman moden ini, terdapat pelbagai perisa inti kuih bulan yang menarik seperti cokelat, kopi, keladi, teh hijau, mangga bahkan durian. Bentuk kuih bulan yang bulat adalah simbolik kepada keharmonian sekeluarga.

Thursday 1 September 2016

Kenali Dakwah

Assalamualaikum,

Mari berkenalan dengan lebih dekat tentang dakwah. Sumber diadaptasi daripada Muzakarah Dakwah lepas.

Antara Tugas Pendakwah: 
  1. Membantu urusan pengislaman di Negeri / Daerah. Bawa ke Pejabat Agama.
  2. Menjalankan follow-up Saudara Baru selepas pengislaman.
  3. Memastikan Saudara Baru mengikuti kelas.
Siapa Kita?

  • Lebih dari hanya sebuah organisasi. Kita adalah keluarga dakwah.
  • Daieyan ilallah yang menerangi dan menjadi sumber inspirasi diantara satu sama lain.
  • Saling mendoakan kejayaan dan mengasihi untuk saudaranya apa yang dia kasihi untuk dirinya sendiri.
  • Kita mungkin ada banyak kelemahan tetapi kita tampung dengan rahmat dan kasih sayang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...