Thursday 1 September 2016

Kenali Dakwah

Assalamualaikum,

Mari berkenalan dengan lebih dekat tentang dakwah. Sumber diadaptasi daripada Muzakarah Dakwah lepas.

Antara Tugas Pendakwah: 
  1. Membantu urusan pengislaman di Negeri / Daerah. Bawa ke Pejabat Agama.
  2. Menjalankan follow-up Saudara Baru selepas pengislaman.
  3. Memastikan Saudara Baru mengikuti kelas.
Siapa Kita?

  • Lebih dari hanya sebuah organisasi. Kita adalah keluarga dakwah.
  • Daieyan ilallah yang menerangi dan menjadi sumber inspirasi diantara satu sama lain.
  • Saling mendoakan kejayaan dan mengasihi untuk saudaranya apa yang dia kasihi untuk dirinya sendiri.
  • Kita mungkin ada banyak kelemahan tetapi kita tampung dengan rahmat dan kasih sayang.
Kenali Perjuangan HC
  • Sudah 12 tahun wujud, 200 program setahun dari mula
  • Sudah ada cawangan di semua negeri. Jumlah sekarang ialah 27 cawangan dan sedang berkembang lagi.
  • Membuka ruang amal dakwah kepada ribuan ahli masyarakat
  • Dari dakwah fardiah di pedalaman ke dakwah 25,000 orang di stadium Bukit Jalil
  • Umat Islam perlu disedarkan untuk berdakwah bersama. Kurang daripada 3% masyarakat masjid berdakwah.
  • Perkembangan Islam di Malaysia, perlu disokong Islam serantau.
Pencapaian HC
  • Melaksanakan dakwah kepada puluhan ribu masyarakat non-Muslim.
  • Pengislaman lebih seribu non-Muslim kepada Islam
  • Memberi bantuan beribu-ribu saudara baru di seluruh negara
  • Membantu menangani banyak kes murtad.  

Perjalanan Muallaf

Syahadah > Ziarah > Komuniti > Mukallaf > Tokoh
Semoga Allah merahmati dan memberkati segala usaha kita .

No comments:

Post a Comment

HCPP welcomed all your feedback and comments? Anything to say? :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...