Saturday 20 January 2018

Pameran HCFPP di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (20-21 Jan 2018)

Assalamualaikum,

Pameran Hidayah Centre Foundation sedang berlangsung selama dua hari bermula hari ini. Pameran ini diadakan di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang bersempena dengan program yang diadakan di situ. Sukarelawan terdiri daripada pelbagai latar belakang telah hadir dan menjaga pameran berkenaan. Terdapat segelintir daripada mereka tidak pernah tahu tentang kami. Alhamdulillah pameran tersebut dapat memperkenalkan kepada lebih ramai masyarakat muda khususnya pelajar-pelajar tentang kewujudan HCFPP dan aktiviti yang kami jalankan.


Berikut dilampirkan gambar pameran. Pendaftaran menjadi Rakan HCFPP juga amat memberansangkan. Sekiranya terdapat mana-mana pihak yang ingin menjemput kami membuka booth di tempat anda, kami amat berbesar hati menerima. Hubungi wakil kami untuk maklumat lanjut. Semoga Allah memberkati amalan kita semua.

para sukarelawan yang terlibat.







Jazakallah khair kathir kepada semua sukarelawan yang terlibat menjayakan pameran kali ini. Semoga kita berjumpa lagi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...