Profile

Assalamualaikum. Ni hao.

PENGENALAN TENTANG HIDAYAH CENTRE FOUNDATION (HCF)
  • HCF adalah sebuah institusi di bawah Pertubuhan Ikram Malaysia. 
  • Ia telah ditubuhkan pada November 2005 dan kini telah mempunyai 17 cawangan di seluruh negara. Pulau Pinang merupakan salah satu daripada cawangan HC.
  • Antara usaha-usaha yang dilakukan secara berterusan oleh HC termasuklah menguruskan pengislaman saudara baru (reverts), memberi bimbingan, pendidikan serta melindungi mereka dari ancaman kejahilan dan persekitaran yang mungkin belum dapat menerima penghijrahan mereka, di samping menganjurkan program-program dakwah khusus kepada masyarakat belum Islam (non-Muslim) yang berminat kepada Islam.
  • Website : http://www.hidayahcentre.com
  • No Pendaftaran : PPAB-14/2012 (Jabatan Perdana Menteri) 
  • Alamat : Lot 300.2, Lorong Selangor, Pusat Bandar Melawati, 53100 Kuala Lumpur 
VISI 

Membangun dan mengupayakan muallaf keluarga dan komuniti mereka 

MISI
  1. Memberi perlindungan kepada muallaf 
  2. Membantu muallaf dalam pengukuhan akidah, ilmu, kefahaman dan penghayatan Islam 
  3. Membimbing, menyantuni dan memberi sokongan kepada muallaf, keluarga dan komuniti mereka 
  4. Memberi penerangan dalam menghapuskan keraguan dan salah faham terhadap Islam di kalangan muallaf dan yang bukan Islam, serta komuniti mereka. 
  5. Mendapatkan sokongan dan sumbangan daripada masyarakat. 

OBJEKTIF
  1. Menyediakan tempat perlindungan untuk saudara baru. 
  2. Menjadi pusat bimbingan ilmu bagi memantapkan iman saudara baru. 
  3. Memberi sokongan moral untuk berhadapan dengan keluarga dan masyarakat yang belum Islam. 
  4. Membantu pencarian sumber kewangan untuk yang mereka yang benar-benar memerlukan. 
  5. Menawarkan pelbagai jenis bantuan yang lain terutamanya kepada yang masih lagi mempunyai kerisauan dan keraguan setelah memeluk agama Islam. 
  6. Menyebarkan dakwah kepada yang belum Islam. 
  7. Bantuan lain yang diperlukan oleh saudara baru. 

MOTTO

"Saudara baru saudara kita, bantulah mereka."
"Saudara kita, amanah bersama : 穆斯林新教胞, 大家共同的责任" .

PENGENALAN HIDAYAH CENTRE PULAU PINANG (HCPP)
  • HC beroperasi secara sepenuh masa sebagai sebuah pusat perlindungan dan bimbingan saudara baru.
  • Pelbagai aktiviti yang telah dijalankan oleh HCPP. Anda boleh lihat senarai aktiviti disini
  • Pejabat HCPP terletak di Sg Nibong (Berdekatan Restoran Goh Teo Kee) GPS lokasi : https://goo.gl/maps/sREgKP75qFR2
  • Alhamdulillah, HCPP telah berjaya mensyadahadahkan ramai orang yang terdiri daripada pelbagai bangsa sejak 2011-2015. Antaranya ialah Cina, India, Filipina, Iban, Indonesia, Nepal, China, Kadazan, Vietnam, Bidayuh, Bangladesh,  Asli, Siam, Kemboja, dan Myanmar.

  • Berikut adalah carta organisasi terkini HCPP :
    • Pengerusi : Prof Dr Md. Roslan Hashim
    • Timbalan Pengerusi : Hj Mohd Yusni Ghazali
    • Setiausaha : Shazwani Amanullah
    • Setiausaha Kerja : Khaw Lek Ming
    • Bendahari :Wan Sakinah Wan Hasbullah
    • Sub-AJK : 
      • M Asyraf Tan
      • Wan Mohd Zaki Wan Sofian
      • Noor Suhaimi Mustafa
      • Ummi Norzilah Darus
      • Muhammad Rizal Mohamad Amin

  • HCPP juga diperkasakan dengan kehadiran rakan HCPP yang turut sama membantu menjayakan pelbagai aktiviti.
  • Bagi sesiapa yang berminat untuk berganding bahu membantu bersama kami dan masih tidak mengisi borang rakan lagi, boleh isi disini. Kami sangat menghargai kehadiran anda.
"Dan berbuat baiklah kepada orang lain sebagaimana Allah telah berbuat baik kepada kamu..." (Al Qasas :77) 

  • Kami amat mengalu-alukan sebarang sumbangan samada berbentuk tenaga, kewangan, mahupun kepakaran demi menyemarakkan lagi dakwah kepada masyarakat majmuk di Pulau Pinang ini. 
  • Sumbangan berbentuk kewangan boleh disalurkan ke Akaun Maybank Islamic atas nama "PERTUBUHAN IKRAM M'SIA (IKRAM) PULAU PINANG" (5573-8040-1328) 

 "Dan sebaliknya sesuatu pemberian sedekah yang kamu berikan dengan tujuan mengharapkan keredhaan Allah semata-mata, maka mereka yang melakukannya itulah orang-orang yang beroleh pahala berganda-ganda..." (Ar-Ruum: 39)

Poster yang digunakan semasa aktiviti "Jelajah Masjid dan Surau" yang bakal ditampal disemua masjid dan surau sekitar Pulau Pinang supaya sesiapa yang mempunyai kemusykilan tentang Islam, mereka boleh merujuk terus kepada kami.

No comments:

Post a Comment

HCPP welcomed all your feedback and comments? Anything to say? :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...